"Sistem Pengurusan Maklumat - CMS adalah satu sistem yang menyediakan banyak ciri-ciri, walaupun bagi pekerja yang bukan teknikal untuk membina, menukar, mengurus dan seterusnya menerbitkan pelbagai maklumat seperti teks, gambar, video, atau dokumen yang ditentukan oleh peraturan, proses dan urutan secara sentral untuk memastikan ianya lebih teliti dan terancang."

Untuk memahami dengan lebih lanjut, apakah itu CMS, kita perlulah mengimbas perkara ini:

a) apakah yang kita maksudkan dengan maklumat
b) apakah yang kita faham mengenai pengurusannya
c) apa yang kita maksudkan dengan sistem
Apakah itu maklumat?
Maklumat secara kasarnya, adalah maklumat digital. ia boleh terdiri dari teks, gambar, video, bunyian, dokemen, rekod dan sebainya - atau dalam erti kata lain sebarang maklumat yang ingin kita simpan dalam bentuk elektronik. 

Apakah itu Pengurusan Maklumat?
Pengurusan Maklumat adalah merupakan pengurusan secara efektif pelbagai maklumat tersenarai di atas, dengan mengikut peraturan, proses dan rangka-kerja bagi memastikan simpanan maklumat elektronik diurus dengan baiknya. 

Apakah itu Sistem CMS?

Sistem ini merupakan kaedah atau gabungan beberapa kelengkapan yang memudahkan pembinaan atau penyebaran maklumat yang lebih efektif .